Welcome to saingsaing.blogspot.com

Welcome to saingsaing.blogspot.com. First of all, word "saingsaing" is a Malaysian heavy dialect, came from estern part of Malaysia and in english means "Friends". I created this blog to alert about all my friends activity, about games and entertainment...Just come visit this page and please drop your comment on this page.....Enjoy..

Followers

Amazon Deals

Tuesday, December 6, 2011

Mari Membuat Keropok Lekor

YOO!! semua... Haih... Setelah sekian lama, gua rasa diri gua nie akan lebih kerap untuk meng"update" blog dek kerana thesis 2 tahun gua hampir siap dan berada di peringkat akhir... InsyaAllah lulus semuanya... Soo secara automatiknya gua sekarang "agak" free dengan goyang laju laju kaki kat rumah... kah3 (Heaven!!?)... Oleh itu gua rase mood-mania gua untuk menulis semakin menjadi jadi... Untuk hari ni, gua ada post yang lebih kepada aktiviti family gua pada 2,3 hari lepas... Lu nak baca, baca... Lu tak mau baca, SUDAH!! Hahaha

2,3 hari lepas family gua gotong royong untuk membuat Keropok Lekor yang sinomin dengan masyarakat Negeri Terengganu... Keropok berasal dari Terenganu yang menjadi salah satu favorite gua yang jugak lahir di Terengganu dan di buat oleh family gua pon dari Terengganu... Kah3... Sebenarnya gua 1st time tengok family gua buat keropok nie... Gua tak tahu pulak nenek gua POWER buat keropok... Biasanyer nenek gua POWER buat ketupat palas (jugak feymes kt Terengganu) sebab dari kecik gua tengok dia buat ketupat... Tapi 2,3 hari lepas, nenek gua tunjuk skill dia buat keropok... Haaaaa tercengang anak anak beliau termasuk mak gua dan menantu menantu nenek gua... Gua tak habis nak gelak tengok sebab masing masing tak caya yang nenek gua POWER buat keropok... HAHAHA

Okey Okey... Gua pergi straight lah pada gambar yang gua tunjuk kat bawah tu...

1. Sagu (perlu ditapis)
Okey, sagu nie element penting dalam pembuatan keropok. Pendek kata, tak ada sagu, tak ada lah keropok... Hahaha... Sagu membuatkan keropok menjadi sedap... Adik gua pusing pusing nak cari sagu kat kedai sebab kedai banyak tutup dan kat kawasan gua tak banyak kedai jual... Padan Muka!! kah3 Sagu perlu lah di tapis dulu supaya menjadi halus dan sesuai untuk diuli dengan ikan yang telah dimesin lumat.
Sagu ditapis

2. Campuran Ikan mesin + Sagu
Ikan yang telan dimesin akan diuli dengan sagu untuk mendapatkan campuran yang sekata... Campuran mesti diuli dengan sebati supaya keropok boleh dimasak dengan sekata... Dari pendapat gua, kat sini skill untuk campurkan sagu dengan ikan menjadi penting... Sagu banyak sangat pon tak boleh, sikit sangat pon tak boleh... Time nie nenek gua turunkan ilmu dia kat anak anak dan menantu dia...

Campuran Sagu + Ikan
3. Uli (mengentel/mengotel)
Stage nie yang ke-3... Time nie kerja menguli atau orang Terengganu panggil "mengentel/mengotel" akan dijalankan... Skill "mengentel/mengotel" pun diperlukan supaya dapat membentuk keropok yang cantik bentuknya skaligus nampak menyelerakan...

Proses mengentel/mengotel
4. Merebus
Orite, stage nie optional... Ada orang suka makan keropok yang direbus sebelum digoreng, ada yang suka makan yang digoreng lepas diuli tanpa direbus... Cam gua, gua suka makan yang digoreng tanpa direbus sebab rasa ikan tapi kelemahannya, bila sejuk ia akan menjadi keras... Jika direbus, rasa ikan akan berkurangan tapi keropok menjadi tahan lebih lama...

Proses merebus (oleh Amirul - Cousin)
5. Sediakan sos pencicah
Sos pencicah ni dibuat dari lada yang dimesin dan dicampur dengan gula+cuka... Ia perlu dimasak dulu sebelum dimakan... Kekuatan keropok biasanya akan berada di sosnya (Kadang2), so sos perlulah disediakan oleh orang yang padai membuatnya...

Sos Lada nyum nyum
6. Hidangan siap
Taaaadaaa!!! Hidangan Siap... JOM MELANTAK!!!! hahahaha...

Melantak!!

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Skuad Bolasepak Bawah 23 Tahun Malaysia!

"Semua yang saya katakan ialah, mereka tidak menghormati anda, mereka tidak menghormati bendera kita, mereka tidak menghormati Raja kita dan mereka tidak menghormati ibu bapa anda. Jika anda membenarkan ini berlaku, maka anda pengecut.mesti mengajar mereka sebagai rakyat Malaysia adalah semua tentang. "- Kim Swee

Ucapan TAHNIAH untuk pasukan bola sepak Malaysia, yang baru sahaja memenangi pingat emas dengan mengalahkan Indonesia dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA XXVI malam tadi... Nie 1st time Malaysia dapat kekalkan kejuaraan yang dimenangi sama seperti skuad dibawah kendalian King Gopal kat Vietnam 2 tahun dulu dan semalam Harimau Malaya yang sedia lapar, kenyang menjadikan Sang Garuda sebagai santapan... HAHAHA...

Sebenarnya gua dah agak awal lagi Malaysia akan menang pingat emas, tapi berpeluh jugak kene ikat sampai ke penentuan penalti... Damnn Indog! hahaha... Okey, gua tak nak jadi racism sangat... Tapi gua tetiba rasa nak buang sedikit tebiat nie, gua rasa nak puji sikit tentang skuad bola sepak bawah 23 tahun nie... Sepanjang kejohanan, gua dapat detect beberapa peningkatan dan kelemahan yang skuad bawah 23 tahun nie hadapi, antaranya...


Peningkatan:
1. Passing game
Nie yang gua nak puji sesangat... Secara overall, possession play yang dipersembahkan oleh pasukan negara berada pada tahap yang POWER... kadang2 gua nampak dah cam team Arsenal, main2 short passes ke merata sudut padang... Tapi kalian, masih jauh jika kita nak bandingkan diri kita dengan pasukan Jepen mahupun Korea... Kena usaha lagi...

2. Midfielder yang mantap
Midfielder sememangnya nampak agak POWER jika dibandingkan denganprestasi 5,6 tahun dulu... Semua player nampak serasi antara satu dengan yang lain... Kat sini, gua spot ada seorang player yang ada playing style yang mantap... 


Nazmi Faiz, Nombor 21

Berjersi nombor 21, Nazmi yang gua nampak ada vision dan creativity untuk membuat through passes, sememangnya tenang mengawal bahagian defend midfield... Budak nie baru berusia 17 tahun dan gua nampak cara permainan dia yang hampir sama dengan player Arsenal, Jack Wilshere yang mana cara permainan dia lebih kepada "box to box" dengan mempunyai stamina yang tinggi untuk cover segenap penjuru padang... 

3. Defender power
Sepanjang kejohanan, defender sememangnya POWER untuk menahan segala serangan... Sentiasa menang dengan perebutan bola diudara, membuatkan pasukan lawan buntu untuk merobek gawang Malaysia... Digabung dengan wing back yang mantap seperti Asrarudin Putra, Mahali dan Zubir Azmi yang mempunyai larian laju di tepi padang, sememangnya barisan serangan akan jadi lebih POWER... Tapi!! kelemahan yang agak jelas bila berkenaan bola bawah yang sentiasa senag dilepasi oleh pasukan lawan... Itu perlu diperbaiki...

Kelemahan:
1. Striker tak power
Dek kerana striker yang terlalu tumpul di bahagian depan, Malaysia terlalu berharap pada pemain midfielder untuk menjaringkan gol... Striker kelihatan "tidak competitive" dari segi perebutan bola... Pamain forward yang terlalu cepat hilang bola dan paling ketara player "slow" seperti Izzaq sememangnyer membuatkan Malaysia susah menjaringkan gol... Kim Swee perlu mencari striker yang lebih aggressive dan mempunyai workrate yang tinggi...

2. Long Pass
Tadi gua puji sebab main short passes... Haaa nie gua nak kutuk sebab main long passes... Memang long passes penting dalam gerakan counter attack, even budak kecik pon tahu... Tapi penyakit Malaysia nie, suka main long pass walaupon dah tengah leading... Bila long pass tu fail, pasukan lawan akan dapat possession... Sepatutnya bila dah leading, kita main short pass untuk kekalkan possession seterusnya pressure pasukan lawan untuk keluar dari kawasan bertahan dan memberikan ruang untuk kita menyerang...

Tapi apa pun, gua tetap bangga dengan pasukan Malaysia kerana memenangi pingat emas untuk Sukan SEA edisi kali ini di kubu kuat pasukan Indog... HAHAHA...Gua pun tak tahu la kenapa orang Indog tak suka sangat orang Malaysia... Tapi kita cool jaa... Tak ada la sampai mati fan kita pergi tengok bola kat stadium...

Dahsyatt gila orang Indog!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails