Welcome to saingsaing.blogspot.com

Welcome to saingsaing.blogspot.com. First of all, word "saingsaing" is a Malaysian heavy dialect, came from estern part of Malaysia and in english means "Friends". I created this blog to alert about all my friends activity, about games and entertainment...Just come visit this page and please drop your comment on this page.....Enjoy..

Followers

Amazon Deals

Wednesday, August 24, 2011

Do and Don't with me (Versi Merapu Tengah Malam Buta)

Dalam dunia nie memang banyak pantang larangnyer. Undang2 sana sini, itu tak boleh, ini tak boleh, APA PON TAK BOLEH!! Bila saka nie cakap boleh, Puaka nie pulak cakap tak boleh. Bila dah langgar pantang larang tok nenek yang buatkan beberapa ratus tahun dulu, mulai la nak melenting sana sini. Mula la nak cakap "dia nie tak cool langsung (padahal tak nak ngaku)", cakap "dia nie pelik lah... dari planet mana dia datang?", siap kutuk balakang la dan seterusnya yang hanya mambang2 je yang tahu (sebab mambang boley dengar). So sini gua nak gariskan beberapa "Do" and "Don't" bila kamu semua tak kira lah sapa2 yang nak bergaul dengan gua secara baik dan effective.
 
DO
1. Belanja gua
Part nie memang gua paling suka. Bukan suka sikit lah, memang banyak lah sukenyer. HAHAHA. Okey2 serious. Gua bukan nak korang belanja gila2 smpai habis luak duit korang. Makan Kenny Rogers bagai tak hingat dunia. Belanja air segelas pon jadi lah. Kat sini gua akan start nilai orang (ade checklist~~ siap korang!!), sebab amatlah susah kita nak cari member (kebanyakan memang puaka) yang sanggup belanja kita tanpa sebarang sebab munasabah. Biasanya seseorang tu akan kuarkan duit untuk something yang dorang nak. Contohnya: Nombor awek yang dorang duk berkenan. Haa serious gua cakap, nak dapat nombor awek yang lu orang duk berkenan, cepat2 belanja gua. Silap haribulan, gua siap wat research tentang awek tu untuk korang. Okey? Siap masuk meminang aihhh untuk korang. Habis cerita.

2. Ajak main game
Semua kawan rapat gua tahu yang gua memang suka gila main game. Gua pun dibesarkan dengan main game je dari kecik sebab mak gua tak nak gua habiskan masa dengan melepak kat luar dengan puaka2 tak bertauliah yang tahu nak rosakkan diri. Kalau korang ada tak puas hati dengan gua, senang je. Tak payah nak perah keringat nak bertumbuk dengan gua, sebab gua tau gua akan menang. So salah satu solution yang paling diplomatik ialah main game satu lawan satu dengan gua. Kalau kalah pon tak ade la korang berdarah sana sini. Ye dak?
Gua paling TERROR main game nie

DON'T
1. Buat gua menunggu, tertunggu
Okey hal nie memang gua NERAKA tak suka. Memang hal nie duduk kat tempat paling top dalam segala benda yang gua paling benci dalam dunia yang fana nie. Gua tak tahu kenapa sejak dari kecik gua memang anti-menunggu. Time balik sekolah dulu, mak gua selalu je ade tepat pada masa untuk jemput gua. Mungkin sebab nie kot gua jadi tak suke menunggu nie. Trend nie berlarutan sampai gua masuk universiti dan sekarang. Katakan kalo seseorang buat janji dengan gua nak jumpa pada pukul 2 petang, gua akan expect dia akan ada kat tempat tu tepat pukul 2. Kalo tak memang gua hangin 1 badan, dalam otak duk pikir macam2 la. Gua tak tahu la bila gua ade awek nnt, gua boleh sabar tak kalo nak tunggu dia bersiap bagai (untong jadi bujang... tapi gua akan berubah... CewaHHH)

2. Jangan tanya benda sama berulang kali
Haa nie 1 penyakit pada orang sekitar yang duk suka tanya benda sama berulang kali. Sebabnye senang je, sebab tak sure. Tu duk tanya banyak kali tu. Gua memang pantang hal nie, silap hari bulan gua makan manusia buat kali pertama . So solution berkaitan hal nie senang ja, sebab gua nie jenis cakap terang dan sedirect boleh. Korang dengar lah bebaik apa yang gua nak cakap ye? Kalo perlu tulis lah kat kertas ke (kalo penting), atas telapak tangan ke. Kalau korang nak gua tulis kat telapak tangan gua pon boleh. Lepas gua libas tangan gua, ingat lah korang nanti.

3. Ajak ke tempat tinggi yang tak ade sebarang safety precaution
Kalau korang semua ada hajat cam nak ajak gua naik atas bangunan tinggi 24 tingkat yang tak ada pagar kat kawasan koridor tu, baik kprang semua lupakan. Sebab gua memang tak akan naik. HELL NAWW!!! Gayat? Ye terus terang gua khabor gua nie fobia sikit dengan tempat tinggi. Lagi2 dengan tempat yang tak ade safety nie.

Nota Penyepak: Gua duk suka kat sorang awek nie. Tapi gua susah nak usahakan tindakan gua atas sebab tertentu. Alik2 ada pulak mamat mane entah duk astik muncul cam nak potong line gua. Lu tunggu mamat!! Lu tunggu!!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails