Hai sume pembaca blog....Hari ni aku ada story yang aku kongsikan pada sume pembaca2 yang hinggap kat blog aku ni...Pada awalnya nak aku dedahkan detail2 tentang story ni, tapi aku had kan juga detail2 yang teperinci oleh kerana sebab tertentu..
Ceritanya bermula
Ada seorang manusia yang tak bernama dan berjantina perempuan (tu dalam info die la) nie datang dalam Facebook dan guna nama "Saing Saing Fesbok" (SSF) as nickname. Si SSF ni mula la add sume budak2 kelas termasuklah aku dan SSF ni mengaku yang dia tu adalah ahli kelas aku, AP226 4D. Seperti yang korang tahu, aku ni memang jenis susah sangat2 nak approve orang yang tak kenal sebab dia tak pakai nama betol, soo aku ignore je la. Apa yang ak melenting sikit sebab dia pakai nama blog ni sebagai nickname "SAINGSAING", tu yang aku dingin sikit. Pastu aku tengok ramai ahli kelas aku yang approve dia. Aku mula pikir "sapa si SSF nie??" Dan ak tanya lah kawan2 aku yang dah approve dia tu. Akan tetapi, perkara sama berlaku, kawan2 aku yang dah approve dia pun tertanya2 "sapa si SSF nie??".
Aku pun mula la nak tengok detail background tentang si SSF ni, apa yang terlulis kat info dia hanyalah jantina dia "PEREMPUAN". Pastu ada laa kawan aku ni add si SSF ni kat group budak kelas aku. Seperti biasa, aku yang sebenarnya cool dan hanya dingin sebab si SSF nie guna nama blog aku sebagai nickname dan bahasa sindiran. So aku biar lah dia join.
Conflict Start
Perselisihan start bila ada salah sorang kawan aku nie bertanya pasal triptapi kawan aku tu tak pergi akibat kewangan. Dia tanya sebab ingin tahu, itu je yang aku dapat simpulkan atas tindakan dia tu. Tak salahkan bertanya???
Si SSF ni mula la pangkah kawan aku yang bertanya tu, dengan menyindir kawan aku dengan ayat yang agak pedas berbunyi lebih kurang:
"ko xpergi trip kan??? so xpayah laa ambik tahu...."
Aku yang menbaca statement tu mula mendidih walaupun aku pergi trip kelas tu ditambah dengan pengunaan nama blog aku sebagai nickname dia. Bukan sekali dia pangkah kawan aku tu, 2 kali!!! memang ayat yang sangat biadap dan menyirap. Aku dengan panasnya cakap dengan bahasa yang kesat:
"eh ****, baik ko kuar dari group nie..aku tanye nama ko xbgtau...so aku ada hak nk panggil ko kambing ke, lembu ke or ****. biar dia lah nak pergi ke x, bukan duit mak bapak ko yang tanggung sume kos"
Si SSF nie balas:
"eh ezzat, awak marah ke??? sorry...hihihi...awak ketua kelas je, bukan admin nak kick orang keluar"
Dari ayat Si SSF ni, dia seakan provoke sesorang dan memulaukan ahli kelas yang tak pergi triptu. Aku yang dah sedia marah ni memang semakin susah nak tahan sabar. Ikutkan hati, nak aje jumpa manusia ni, tapi malangnya dia tak bgtau sape diri dia dan nama pun fake.
Solution and Conclusion
Nak dipendekkan cerita, last2 admin group kick manusia sial tu kuar group, aku report dan block si SSF. dari pemerhatian aku akan conflict ni, aku boleh la nak simpulkan data tentang SSF nie.
- SSF ni bukan PEREMPUAN tapi LELAKI (berdasarkan ayat kasar dia).
- SSF ni salah seorang yang handle trip (ramai yang terlibat, so aku tak tahu sape orang sebenar). Biasalah kalau kita buat event gempak2 tapi ada orang yang tak nak ikut, mesti panas kan?? kira kes SSF tu lebih kurang camnie r. Dia tak puas hati dengan orang yang tak pergi.
- SSF nie dapat back up dari seseorang dalam group tu. Setiap kali aku cantas je SSF nie, ada orang yang "sound" aku. Ayat si back up ni lebih pada nasihat, tapi pedas.
- Si SSF tu sangat lah bebal dan guna ayat sindiran + pulaukan orang lain (aku agak tau a sape yang pakai ayat jenis ni, tapi biar lah aku tak dedahkan sapa dia tu). Kesian kawan yang kene sebab si SSF tu. CELAKA!!!
Nota penyepak: Aku memang pergi trip tu, tapi aku tak suka lah kalau ada orang kutuk2 orang yang tak pergi trip tu. Dorang ada sebab kenapa tak pergi, dan kita kene hormat keputusan dorang, bukan sindir2 cam si SSF nie.Kalau tak puas hati pun, cakap r depan2, JANGAN JADI PENAKUT!!! buat profile FAKE!!! pastu kutuk orang!!!


2 comments:
woh dasyat gler..
takut gler dgn org cmtu..
ap boley buat...
camtu lah manusia... kn???
mintak jauh r dr kenal org cmnie... heeee
Post a Comment