Hai sume, sorry lah lama tak update blog yg feymes tak feymes nie. Akibat jadual aku yang sibuk dan terlalu banyak aktiviti trip kat sana lah, sini lah, jadi aku tak berkesempatan nak conteng wall kat blog nie.. Sooo, ape sebenarnya yg aku nak conteng kat wall pada hari nie??? hmmm... Sebenarnya lebih kepada COMPLAIN!!! Hahaha....Dah tu, apa tunggu lagi, selak lah untuk tahu dengan lebih lanjut.
-OKEY!!! Aku tak suke driver bas Universiti X...Haaaa...topik HOT nih!!! -
Aku tahu yang aku mungkin akan dikenakan tindakan ISA akibat dari post ni. Hahaha...Selama hampir 5 tahun aku bersama Universiti X, macam2 aktiviti trip yang diadakan oleh jabatan tempat aku belajar untuk memenuhi requirement bidang yang aku ceburi. Kesana kesini keatas dan kebawah, banyak tempat lah yang ktorang pergi. ada yang jauh dan dekat, ada yang cantik dan hodoh. Akan tetapi!! Walaupun dan banyak tempat yang kami pergi, aku boleh cakap lah sehingga setakat ni, pemandu2 bas Universiti X yang pernah terlibat semua nya "tak friendly". Aku sebenarnyer tak nak lah nak kutuk2 korang nie dan bukan semua yang patut dikutuk. Tapi yang bagi terlibat tu, korang meletakan diri korang ditempat yang patut dikutuk.
muke driver2 yang tak friendly tu
Sombong, demand melebih2, ikot mood dan angin sendiri, merunggut dengan benda yang remeh temeh tu perkara biasa lah. Complain sana sini, tak puas hati lah, itu lah. Bila masuk topic penginapan je, nak aje hotel mahal2. KO INGAT KO RAJA!!! Nak hotel mahal2!!! Kami pun duk cam tin sardin (ceh wahh, meraih simpati). Dalam 1 kes tu, boleh pulak dorang yang tetapkan masa untuk site visit (30 minit) PALE HOTAK KO!!! Site visit 30 minit? Pe jadah tu??? Hah??...Aku rase dorang ingat "Site Visit" tu cam shopping2. Open minded lah sikit, pergi shopping pon at least nak 2 jam, nie kan pulak site visit. ADOOOII -_-!!. Disebabkan hal ini, pensyarah2 pengiring pun menyuarakan pandangan dorang dan tidak berpuas hati dengan layanan driver2 ni.
-Walaupon bus yang kami naik tu agak "tua", tapi suasana dalam bas tu, agak "muda"-
Walaupon ramai yang sedemikian rupa, tapi ada je driver yang okey. Macam sem lepas, kelas aku wat trip ke Perak dan Pulau Pinang, tapi sewa bas luar. Driver bas tu memang terbaik (bila aku cakap terbaik, korang tahu maksud dia). Dia memang friendly, ajak sembang pon okey, tak demand, time bas pecah tayar, dia relex je (bnyak pengalaman)..Bawak kuar rokok dan cakap "tenang, small matter je nih". Walaupon bus yang kami naik tu agak "tua", tapi suasana dalam bas tu, agak "muda"...hahaha.. Dengan driver bas yang cam gitu, trip pun jadi bertambah seronok. Kalau nak bandingkan dengan driver bas Universiti X tu yang potong suasana trip, driver luar lagi best.
Aku nak cakap cam orang yang pakar pun sebenarnyar tak layak. Tapi family aku ada usahakan transportation bot dan bas nie, so aku tahu lah macam mane dorang patut jadi wat keje...Aku boley bagi jaminan, kalo jenis pemandu2 Universiti X nie, mapos xde harapan nk keje dengan family aku. Sorry yerk. Korang masih tak cukup nilai2 murni nk kerja. Lagi2 kalo aku yang jadi boss. Memang susah beb, tak nampak masa depan la korang..hahaha...
Makluman untuk student2 Universiti X, kalau nak wat trip, aku alukan untuk cari pemandu luar lah sebab bagi aku, pemandu luar lagi ramah dan bagus. Aku bukan lah nak promote bas luar ke ape, tapi korang pandai2 lah nilai sendiri dengan apa yang ak bebelkan kat atas tu. Bye sume...

0 comments:
Post a Comment