Welcome to saingsaing.blogspot.com

Welcome to saingsaing.blogspot.com. First of all, word "saingsaing" is a Malaysian heavy dialect, came from estern part of Malaysia and in english means "Friends". I created this blog to alert about all my friends activity, about games and entertainment...Just come visit this page and please drop your comment on this page.....Enjoy..

Followers

Amazon Deals

Friday, December 31, 2010

2010 Pergi dan 2011 Datang, Selamat Tahun Baru!!!


Yooo hooo....hahaha...2010 bakal berakhir kurang 1 jam dari entri nie dibuat dan 2011 bakal menjelma. Sekejap kan masa berlalu? Pejam celik dah 1 tahun. Kita makin hari makin tua dan makin matang (yeke matang??)...Erm...Tahun baru biasanya datang dengan azam baru kan? hahaha. Apa azam korang sume? Nak taluk planet?  Nak lawan Ultraman? hahaha. Apa pun azam korang, kite kene sentiasa berusaha untuk mencapai cita2 tu. Jangan wat azam sebab member2 sume buat azam. Azam camtu tak boleh pakai bai...hahaha... Orang kata "hangat2 tahi ayam" kan? Kalo camtu lah gayanya, baik tak payah buat azam baru...Malam nanti banyak lah event untuk tahun baru. Memang sambutan tahun baru biasanya meriah, letup bunga api sana sini, tapi kepada umat Islam, kita kene lah jaga adap tu. Jangan wat tak ingat dunia pulak. hahaha...Penulis bukan berniat nak sindir atau halang korang dari sambut tahun baru ke ape, tp beringat lah, kita ada adap..hehehe...okey lah..Habis post!!! Malas nak mengarut panjang2...

"Selamat Tahun Baru!!!"


10 perkara yang BAMM!! pada 2010

1. Movie: AVATAR

Filem yang ditulis dan diarahkan oleh James Cameron, dan dibintangi oleh Sam Worthington, Zoe Saldana, Stephen Lang, Michelle Rodriguez, Joel David Moore, Giovanni Ribisi dan Sigourney Weaver. Walaupun ditayangkan pada tahun 2009, filem yang mengambil tempat pada tahun 2154 menjadi filem pertama yang mencecah kutipan rasmi melebihi $ 2 bilion menjelang tahun 2010. Kos secara rasmi dianggarkan sebanyak $ 237 juta.

2. Pendedahan Wikileaks

Wikileaks adalah organisasi bukan keuntungan antarabangsa yang menerbitkan info media peribadi, rahsia, dan diklasifikasikan dari sumber berita tanpa nama dan pembocoran berita. Dilancarkan pada tahun 2006 dan dikendalikan oleh Sunshine Press serta memiliki database lebih dari 1,2 juta dokumen dalam satu tahun pelancarannya. Julian Assange, seorang aktivis Australia, secara umumnya digambarkan sebagai pengarah. Pada bulan April 2010, Wikileaks mendedahkan video dari insiden 2007 di mana orang awam Iraq dan wartawan dibunuh oleh pasukan AS (VIDEO: COLLATERAL MURDER). Pada bulan Julai 2010, Wikileaks mendedahkan "Afgan War Diary". Pada bulan Oktober 2010, kumpulan ini mendedahkan sebuah pakej daripada hampir 400,000 dokumen yang disebut "Iraq War Log".

3. Kes pembunuhan Sosilawati

Kes pembunuhan yang mengegarkan negara, melibatkan Sosilawati, 47; serta pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad. Sosilawati dan tiga individu itu yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos , dibunuh di Ladang Gadong, Banting sebelum dibakar dan abu mayat mereka dibuang ke dalam Sungai Panchau. Mereka dipercayai dibunuh kira-kira 10 malam, 30 Ogos. Kejadian terbongkar berikutan penahanan lapan suspek dua hari selepas menerima laporan isteri seorang ahli perniagaan warga India yang sebelum ini turut dilaporkan hilang selepas berurusan dengan peguam bergelar Datuk itu.

4. Gunung Merapi Meletus

Letusan Gunung Merapi yang membadai tengah Indonesia. Bermula pada akhir Oktober 2010 ketika Gunung Merapi di Jawa Tengah, Indonesia mulai aktif dan berterusan sehingga bulan November. Orang yang hidup dalam 20 km (12.5 batu) zon diperintahkan untuk mengosongkan kediaman. Sekitar 500 gempa gunung berapi telah dicatat di atas gunung selama 23-24 Oktober, dan hembusan debu ke udara sekitar 1 kilometer (3.300 kaki). Pada 3 Disember korban dicatatkan sebanyak 353.

5. Negara Palestin Pasti Wujud

Kegagalan rundingan damai antara Palestin dan Israel tajaan AS membuatkan pemimpin Hamas percaya kemenangan akan tercapai melalui pembentukan negara, bukan konfrontasi ketenteraan dengan Israel. Rakyat Palestin mempunyai masa panjang untuk berjuang menegakkan sebuah negara merdeka. Rundingan damai dengan Israel yang ditaja Amerika Syarikat hanya membuang masa. Argentina, Uruguay dan Brazil mengiktiraf sebuah negara Palestin yang merdeka, mendapatkan pujian dari pejabat Palestin tetapi teguran tajam dari Israel. "Kerajaan Argentina mengakui Palestin sebagai negara yang bebas dalam batas-batas yang ditetapkan pada tahun 1967," kata Menteri Luar Negeri Argentina.

6. Ben Williams oh Ben Williams

Ben Williams, berasal dari Australia yang telah mengubah suasana perlawanan yang amat tegang dalam perlawanan bolasepak Sukan Asia di antara Malaysia dan China yang berkesudahan tuan rumah China menang ke atas Malaysia dengan jaringan 3-0. Dalam perlawanan yang berlangsung, pemain Malaysia telah dilayangkan 3 kad merah dan 5 kad kuning oleh pengadil ini. Pengadilan dia memang berat sebelah. Yang menariknya, tiada satu pun pemain China yang dilayangkan kad.

7. Semenanjung Korea Bergolak Lagi

Tentera-tentera Korea Utara melepaskan bedilan ke arah pulau-pulau dibawah jajahan takhluk tentera korea selatan menyebabkan dua orang terbunuh dan beberapa orang lagi cedera. Korea Selatan melakukan serangan balas dengan melepaskan 80 bedilan ke arah tentera Korea Utara dan keadaan ini menimbulkan ketegangan disemenanjung Korea sejak 1953. Dunia mula mengutuk Korea Utara di atas serangan yang dilakukan tanpa sebab yang menyebabkan hubungan antara dua negara bertambah runcing dan media melaporkan harga saham dipasaran dunia jatuh menjunam akibat ketakutan para pelabur tercetusnya perang nuklear antara Korea Utara dan Selatan.

8. Kemalangan Bas di Simpang Pulai

28 orang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai. bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia. Dikatakan sebagai “kemalangan bas paling ngeri di Malaysia”.

9. 2010 TIME's Person of the Year - Mark Zuckerberg


Mark Zuckerberg telah dinamakan oleh TIME sebagai 2010 TIME's Person of the Year kerana laman sosial ciptaan beliau iaitu FACEBOOK telah menghubungkan lebih daripada setengah bilion orang dan mewujudkan rangkaian hubungan sosial, mencipta sebuah sistem baru pertukaran maklumat, dan untuk mengubah cara kita menjalani hidup kita.

10. Malaysia memenangi SUZUKI AFF CUP untuk kali pertama

Melayakkan diri ke perlawanan akhir buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun selepas menyingkirkan penyandang juara, Vietnam menerusi agregat 2-0 pada saingan separuh akhir. Perlawanan peringkat akhir diadakan secara timbal balik antara Malaysia dan Indonesia. Pada perlawanan akhir pertama, Malaysia memperlihatkan kehebatannya apabila menewaskan Indonesia 3 gol tanpa balas. Pada perlawanan akhir kedua di Indonesia, Malaysia ditewaskan oleh Indonesia 2 gol berbalas 1. Tetapi Malaysia dinobatkan sebagai juara untuk kali pertama selepas 14 tahun apabila menang secara agregat 4-2. Dengan ini, fenomena bola sepak kembali di cetuskan di Malaysia setelah hilang sengatnya pada awal tahun 1990an dan sekaligus berjaya membuka mata dunia.

Thursday, December 30, 2010

Tahniah Malaysia. YOU ARE SOUTHEAST ASIA KING!!

CINTAKU PADA PASUKAN MALAYSIA!!

Dah terlalu lama sukan bola sepak kat Malaysia nie dalam keadaan suram2 sejuk. Dah terlalu lama tenggelam timbul kat mata dunia. Dah terlalu lama dicaci2 dan diperkotak katik oleh orang. AKAN TETAPI!! Tahniah penulis nak ucapkan kepada pasukan Malaysia kerana berjaya bawak pulang piala AFF Suzuki ke tanah air buat pertama kalinya dalam masa 14 tahun. Jangan cakap lah betapa sukanya rakyat Malaysia, FB tu dh penuh dengan status tentang Pasukan Malaysia. Pemain Manchester United, Rio Ferdinand pun mengucapkan tahniah kepada Malaysia menerusi laman Twitter rasmi beliau. Disini pemulis juga ingin mengucapkan tahniah pihak pengurusan sebab berjaya sampai ke tahap ni. Rajagopal tu boleh senyum berkilat gigi. Hahaha... Penulis harap dengan kejayaan nie, sukan bola sepak semakin mendapat tempat kat mata orang ramai terutamanya rakyat Malaysia yang mana lebih agung2 kan liga luar dan pasukan negara lain. 

Rio Ferdinand cakap sume nie tau. Pasukan Malaysia mula meningkat naik dimata dunia. WE ARE SOUTHEAST ASIA KING!!

BUZZZZ!!!! hahaha...Indonesia kene pancaran laser lagi ke? hahaha..

"TAPI PASS MOHD ASHAARI SHAMSUDDIN KEPADA SAFEE SALI MEMANG CANTIK KAN??? DAH MACAM ARSENAL DAH..HEHEHE"


Wednesday, December 29, 2010

GO!! Harimau Malaya, GO!! Malaysia

SEMANGAT HARIMAU MALAYA (Klik untuk lebih jelas)

Tak cukup dengan jersey real, siap buat jersey kat FB (Klik untuk lebih jelas)

Hahaha...entri ringkas je dari penulis bekenaan dengan "kebangkitan" semangat bola sepak dikalangan peminat di Malaysia. Tengok saja kat mana2 dinding FB tu sekarang, pasti ada kata2 semangat diluahkan dari peminat yang dilontarkan kepada pemain2 pasukan kesayangan. Dinding FB penulis pun tak terlepas dari rasa panas ni. Macam2 status berkenaaan bola dah keluar. Hahaha. Setelah 2 hari dengan macam2 berita hangat yang di bangkitkan oleh media Indonesia, tepat jam 8.00 malam nnt akan berlansungnya perlawanan akhir ke-2 antara Pasukan Malaysia akan melawan Pasukan Indonesia. Malaysia yang berkelebihan 3 gol hasil dari kemenangan di Stadium Bukit Jalil akan bertandang ke Stadium Bung Karno tanpa sebarang tekanan. Harap2 malaysia menang lah piala AFF SUZUKI tu buat pertama kalinya...Doa kami mengiringi pasukan MALAYSIA...yeahhhh!!!

F1 Musim 2011 di Litar Sepang

Copyright © 1999 - 2009 Sepang International Circuit Sdn Bhd. All Rights Reserved 
(klik untuk lebih jelas)

F1 dah datang balik ke Litar Sepang. Tiket berharga serendah RM 30 boleh didapati di laman web Litar Sepang tetapi hanya terhad untuk area HILLSTAND yang tidak berbumbung. Penulis ni tak mampu membeli tiket yang berharga beriban-riban tu. Dapat tiket yang HILLSTAND COVERED berharga RM60 pon jadi lah. hahaha. Tetapi jika korang mampu, memang tidak rugi membelanja ribuan ringgit untuk area MAIN GRANDSTAND. Apalah jika dibandingkan dengan kepuasan yang korang dapat kan?? Korang boleh membuat tempahan dengan melawat laman web Litar Sepang. SEE U THERE!!!


Tuesday, December 28, 2010

Justify kan text di sidebar

Berjaya!!! Setelah berpenat mencari jalan macam mana hendak "Justify" text kat sidebar tu, akhirnya menjadi juga. Kalau dipikirkan balik, bukan susah pun sebenarnya, tapi "Orang Baru" seperti aku ni agak terkial2 untuk melakukan benda2 seperti ini. So kat sini, ak nak berkongsi sedikit cara2 macam mana nak buat "Justify" text kat sidebar tu. Aku belajar cara2 nie kat almansuqie-tips.blogspot.com. Terima kasih diucapkan kepada tuan punye blog.

1. Buka Layout >>>> Add a Gadget. Pilih HTML/Javascript atau Text.
2. Masukkan Kod 

 Letak kat sebelum permulaan text

Letak kat akhir text

CONTOH

 cara untuk memasukan (klik untuk lebih jelas)

3. Save dan tengok hasilnya 

Sebelum

Hasil selepas menggunakan produk tersebut

SELAMAT MENCUBA.

Friday, December 24, 2010

5 OMGWTF moments sewaktu menungang motosikal

Samekoooommm!!! entri kali ini kelihatan agak mengarut mungkin dimata anda...dan mata penulis juga..ari ni penulis yg agak rase kebosanan, hendak berkongsi sedikit perkara yang kite panggil "Oh My God, What The Fuck Moment" moment sewaktu menungang motosikal....mungkin banyak OMGWTF moments yang mungkin dihadapi oleh perempit2 jalanan di negara kita nie, akan tetapi penulis hanya mengambil kira 5 moments sahaja... tak main lah yang biase2, top 5 kata kan!!!


1. Awek sebelah yang cun melecun (dalam kereta, tepi jalan etc)
OMGWTF moments ini adalah antara moment yang paling banyak dihadapi oleh "perempit" motosikal berjantina lelaki. Biasayer berlaku sewaktu traffic light sedang merah (TANDA BERHENTI). Pada ketika ini lah, deria seperti mata digunakan secara semaksimum mungkin. Jika ada kesempatan, maka molek benar lah anda para perempit berborak dulu dengan dorg sementara menunggu traffic light bertukar warna hijau.

katakan korang ternampak awek secantik ini tepi jalan atau tengah 
drive kereta kat sebelah, mesti terngaga punye...

2. Apabila makhluk selain manusia yang merempit bersama
Mungkin ada perempit2 yang mengalami keadaan seperti ini sebelum ini, dan mereka berpendapat "ohhh MEGODD!!! dunia dh nk kiamat ke??". Dan apabila dorg dicabar, mereka hanya terdiam. Bagi penulis, ITU SEMUA ALASAN!! Sebenarnya perempit yang berfikiran begitu adalah sebab mereka tidak mempercayai bahawa mahkluk lain juga sudah semakin maju seiring kemajuan semasa.

dunia yang tiada batasan dan semakin maju...

3. Pemandu kereta yang kurang asam garamnya
Sesetengah pemandu kereta kat luar sana mempunyai hobi yang kurang asam garamnyer dimana suka menyalahkan perempit motosikal atas apa jua kesalahan. Nampak je perempit yang sedang merempit pada kelajuan yang menakjubkan, mereka memaki hamun. Adakah ini sesuatu yang baik?? Dengan memaki?? Ada antara mereka ingin melanggar perempit2 yang ada disebabkan oleh kelebihan perempit yang boleh mencelah ketika traffic jem...haishh dunia2...(-_-")

 korang pemilik kereta, jangan ingat bawak kereta yang 
mahal2 besar2 korang boleh main langgar je penunggang motosikal.

4. Apabila perempit dicabar
Sememangnya darah mencapai tahap mendidih sekiranya dicabar oleh mana2 pihak. Bila dah mendidih, sebut saja jalan mana yang hendak di jadikan trek, semua sapu termasuklah jalan mati. Akan tetapi, perhatian kepada perempit!!! Jangan lah rasa tercabar secara mengkhinzir buta, anda perlu lah berfikiran waras sebelum menerima cabaran yang dibuat oleh perempit lain..Fikirkan air muka anda!!

para perempit diluar sana, jangan terima cabaran yang dibuat oleh perempit bawah umur. 
ini akan menjatuhkan reputasi anda..

5. Terjumpa RXZ version baru di tengah jalan
Motosikal keluaran Yamaha sememangnya menjadi pilihan para perempit2 yang TERROR diluar sana. Memiliki prestasi enjin yang bagus, maka tidak heran lah "Raja Rempit" boleh lahir dengan jentera buatan jepun ini. Pelbagai model keluaran Yamaha mendapat tempat di hati perempit. Sebagai contoh, RXZ adalah salah satu dari keluaran Yamaha yang hangat dipasaran.

 kalau mana2 perempit yang ternampak RXZ model ini, anda tidak 
dinasihatkan supaya tidak mencabar pemiliknya...ini kerana pemiliknya kebisaanya "King" 
di kawasan kekuasaannya.


Tuesday, December 21, 2010

Sebab saye meng"limit"kan kawan2 FB saye

FACEBOOK!!! Sape lah tak tahu kan tentang social network yang paling cepat mendapat tempat dihati pengguna nie. Kat sini lah pengguna akan bercakap, melelak, menjerit dan begosip tentang hidup dorg dan diri sendiri. Pengguna juga boleh berkenalan dengan kenalan2 baru di sistem ini. Aku pon tak terlepas merasai bahangnyer dengan memiliki account FB. Ade sesetengah page tu, kawan dia..MAK AIIHH, sampai beribu-ribu. Ade sampai 2 account FB atas nama orang yang sama. AKAN TETAPI!!! FB aku LIMITKAN friends FB ak kepada 300++ saje.. antara sebab2 kenapa aku berbuat demikian adalah:

my FB...hahaha...my lovely friends

1. Sebab aku add orang yang aku kenal saje (contoh: classmate)
2. Sebab aku add orang yang BERINTERAKSI dengan aku (buat apa kalo aku nak add orang yang aku bagi salam pon, tak nak jawab)
3. Sebab tak best kalau ramai sangat kawan yang aku tak kenal (tak tahu asal usul..terlepas cakap kang, ade yang marah)
4. Sebab aku tak nak FB' updates yang terlampau banyak (tak ade kene mengena dengan aku pulak tu)
5. Sebab aku menjadikan kawan2 yang sedia ada tu sebagai "exclusive friends" hahaha (FB aku!! cara aku r!!!)
6. Sebab ade yang cuba add aku tu, nak main game FB (contoh: Mafia Wars)...soo FUCK IT!!!
7. Sebab aku nak kurangkan TAG yang mengarut

So far aku limitkan sampai 300++ saje. Tapi mase akan datang, aku akan naikkan bilangannye, itu pon terpulang kepada keadaan...ENJOY YOUR FACEBOOK!!!!

Sunday, December 19, 2010

Are we alone?

Anda dinasihatkan supaya tidak melayan entri yang agak mengarut ini oleh si penulis ke dalam blognya..

“ARE WE ALONE IN THIS UNIVERSE?” 
Woohohohoho…apakah kejadahnya soalan sebegitu??? Manusia dah mengajukan soalan nie sejak pertama kali kepala dorg mendogak ke langit. Tertanya-tanya ada orang lain ke kat luar sana huh??? Betul kah hanya kita (manusia) yang ada kat alam semesta yang sangat luas nie??

wauuuuuu...cantik!!!

Ramai individu mengakui bahawa kita (manusia) sememangnya berseorangan di alam semesta ini. TETAPI!!! Adakah alam semesta yang sebegini luas hanya dihuni oleh 1 planet yang boleh support life??? Kalo difikirkan dari segi logik, tak kan lah manusia je yang ada…kan?? Banyak lagi planet kat luar tu, tak kan lah 1 pun tak dapat sustain life cam bumi. Mungkinkah wujud makhluk lain yang lagi advance dari manusia di luar sana?? MUNGKINKAH?? Hahaha….

Nie adalah kemungkinan yang lain menerangkan bahawa tak ada hidupan lain selain di bumi, termasuk:
1) Hidupan di Bumi ni adalah unik dan tak pernah nak ada kat tempat lain.
2) Hidupan yang muncul ditempat lain tak pernah kekal sehingga ia maju seperti manusia.
3) Makhluk hidup timbul dan membentuk tamadun namun peradaban ini dimusnahkan.
4) Makhluk hidup timbul dan membentuk tamadun, tetapi menyembunyikan diri dari kita.

UFO..kenapa kalau UFO je, bentuk die cam piring...heran ak...
As for me lah, aku percaya adanya makhluk lain luar angkasa. Aku tak tahu lah dorg pernah melawat Bumi atau tidak (kes UFO banyak, PERNAH KOWTT!!! Hmmm), tapi aku percaya dorg ada kat luar sana. Alam semesta nie cukup besar untuk dihuni oleh manusia. Dorg jugak mungkin melihat ke langit dan bertanya-tanya adakah mereka sendirian. Mungkin dorg tak ada teknologi (sama cam kita) untuk berhubung dengan kita.

Monday, December 13, 2010

8 step jadi TERROR dalam Counter Strike atau mana-mana FPS lain


1. Beli mouse gaming!
Siapapun main game lebih2 lagi bergenre First Person Shooter (FPS) dengan tetikus dell atau tetikus budget yang lain, seseorang itu sebenarnya tidak memahami apa pentingnya tetikus gaming. Dengan beranggapan "It's okey, aku tidak perlu mouse game!!" korg ingat memiliki tetikus 3 butang itu okey? ITU SALAH!!!! Kepekaan rata-rata sebuah mouse budget mungkin 400-500dpi paling banyak. Dan korg tidak boleh memperbaikinya dengan cara apapun..no at all!!! Sebuah tetikus untuk game haruslah memiliki 4 atau lebih butang dan boleh diprogram mengikut keperluan. Amalkan bemain game menggunakan Dpi mengikut keselesaan korg. Antara 2 tetikus terbaik untuk gaming ialah:


Logitech's G500 & G5

2. Beli keyboard Gaming!
Kalau korg cakap “arghhh..wat pe keyboard game???”, korg mesti tak faham ape kepentingan keyboard gaming. Korg mesti dah membiasakan diri dengan keyboard budget korg.  Try tekan 5-6 butang pada masa yang sama. Tengok?? Hanya 2-3 huruf je yang keluar. Ini maknanya keyboard korg tu memiliki respon yang rendah pada penekanan butang dan tak boleh multitask. Gaming keyboard sama je dengan gaming mouse, boleh diprogram mengikut keperluan. Jadi tak perlu lah nak tekan butang lain. Antara contoh keyboard yang bagus:
Logitech's G15

Razer Lycosa

3.  Upgrade hardware!
Ram rendah, Single CPU dan Graphic Card yang tua berjangut boleh menjadi membunuh gamer tau. Korg mesti tak nak mati kene tembak semasa main Counter Strike sebab grafik tersekat2 kan?

4. Berlatih dengan AI!
Sebelum korg terjah ke dunia online counterstrike dan buat kacau bilau kat dalam tu. Berlatih dengan AI/bot dulu. Main dengan bot (2-3 vs korg) kenapa? kerana tidak seperti pemain bot TAHU mana korg berada. Dan pada level expert, bot nie AKAN tembak korg di kepala, tak ade dah pujuk rayu time ni!!! NO HUMAN ERROR.

5. Tahu Tentang Peta!!
Penting untuk tahu tentang peta. (Aku cadangkan DE DUST 2...aku tak tau lah kenapa feymes sangat map nie) Tahu lokasi di mana boleh bagi korg kelebihan. Lokasi di mana korg boleh membaling flash dan mana selamat untuk reload. 

6. Tenang Diri!
Tenang tu penting, jangan duk bawah pengaruh kemarahan kalau banyak kali mati!!! Marah boleh buat tangan korg mengigil, otak korg berhenti hilang semua taktik.

7. Buat Team Sendiri!
Jika korg ada member2, tubuhkan team sendiri. Ajak dorg ke pesta lan untuk dedahkan diri dengan skill orang lain. Beli headset dengan mic yang baik untuk bercakap sesama korg.

8. Cuba semua senjata!
Setiap senjata ada kelebihan dan kekuranganya sebab tu korg tak boleh stay dengan 1 jenis senjata je. Cari senjata ini yang paling korg suka dan selesa untuk situasi tertentu.
M4A1 nie, my favorite....BAM,BAM,BAMMM!!

so geng, kalo ada pertandingan di tempat korg, jangan malu2 nk participate..ada ramai lagi yg terror2 kat luar tu, so enjoy your day dan dapatkan seberapa banyak experience kt luar yer...selamat mencuba dan selamat menjadi gamer pro yang sejati yer...hahaha

Sunday, December 5, 2010

Bola oh bola, Malaysia oh Malaysia

Yooo...Hari nie, aku nak bercerita tentang BOLA....Makan BOLA, tido BOLA, mandi BOLA???? hahaha.. dimana bola adalah sukan yang diminati oleh semua makhluk kt muka bumi nie...Kadang2 lembu pun suke je tengok. Semua org suke sukan nie (aku rase laaaa) ..Tengok saje kalau tiba weekend, manusia dari segenap lapisan masyarakat same2 "turun padang" bersama2 untuk melihat kelab2 kesuakaan dorg beraksi, especially kalo EPL Super Sunday..Time UEFA Champion League, TUDIAAA, nak runtuh kedai mamak..Penuh sesak!!!..Naik mental mamak2 kat kedai tu nak layan pelanggan.. Aku pon tidak terkecuali, berhimpit skali lah semata2 nk tengok permainan yg dipersembahkan oleh kelab2 terbaik dunia....Lagi2 kalau kelab kesukaan aku turun padang...ARSENAL!!


Akan tetapi..Walaupun aku suke sangat tengok bola dan main bola, FEEL tu macam tak datang time tengok liga tempatan...YES!!! Aku maksudkan Liga Malaysia, TM Liga Super or mana2 international macth yg melibatkan Malaysia.. Bila aku tengok je diorg main, serba tak kena jadinya...kadang2 aku rase nk marah tengok cara dorg main (dh jadi cm coach pon ade)..kadang2 tu, kadang2 nie..entah lah, tak reti nak cakap lah aku...

Dari segi pemerhatian, aku dapat simpulkan kelemahan2 liga tempatan/skuad Malaysia seperti dibawah:
1. Passing tak sampai...perkara biasa.
2. Lebih menggunakan hantaran panjang dari defender kt striker dan tak tepat...kadang2 keluar padang..
3. Tak ada gerakan 1,2..kadang2 ade, boleh la tengok..tu pun kalau beruntung
4. Tidak menggunakan short pass...di mata ak, short pass play lebih baik dari long pass play untuk kekalkan penguasaan bola..menekan pasukan lawan dan seterusnya merobek pertahanan..
5. Striker - tidak aggressive...bandingkan dengan arwah Mokhtar Dahari
6. Midfielder - sepatutnya menjadi "enjin" pasukan...tidak menonjol dan lemah dalam menyimpan bola.
7. Overall playing style - mengikut cara kelab2 eropah, dimana dorg ade kelebihan dalam playing style berikut dan kite TIADA!!!
8. Tiada pemain luar dalam liga tempatan, menjadikan kite macam "katak dibawah tempurung" dan masih ditempat yang sama....masalah "pemain luar menjaringkan lebih banyak gol dan menonjol dari pemain tempatan"...salah kelab juga, dah import pemain striker..WHAT ROLE OF STRIKER???

Aku memang tahu liga tempatan ada banyak masalah, gua tak mau nk cakap lah masalah yg datang dari sistem pengurusan FAM tu...Kita sekarang bercakap tentang PLAYING STYLE bola sepak malaysia...Cuba kamu semua bandingkan cara permainan kelab2 bola sepak malaysia dengan kelab2 negara lain...Tak perlu lah kite ambil kelab2 besar kat EPL dan kuasa2 besar bola sepak dunia seperti Brazil dan Argentina tu sebagai perbandingan..Kita tengok perbezaan kelab2 bola sepak malaysia dengan kelab Jepun di J-League..Memang sedih, gua cakap lu...Aku bukan hebat sangat main bola nie, bukannya angkat sangat kelab2 luar tu dan sebagai rakyat malaysia aku rase berhak meluahkan apa yg terpendam dalam hati ak nie...

TOPIC OF THE MONTH

 
 ape ke hal nyerrr???? hmmmm..lebih kurang 
Real Madrid kene lauk dgn Barcelona...

Friday, December 3, 2010

Aktiviti - June 2010 – November 2010 (part 2)

AP226/3D’s Gathering 

Gathering yang melibatkan seluruh ahli kelas AP226/3D diadakan di rumah Sofia di Apartment Danau Emas. Dayang2 AP226/3D menyediakan masakan (pedassssss…hoohh!!!hahaha) untuk kesemua ahli kelas dinama majlis bermula selepas Maghrib. Idea ini di cadangkan oleh ketua kelas.

 seisi AP226 (ada lagi kat belakang tu, xmuat)

dishes yg dimasak oleh dayang2...yummmm..hahaha

Shisha ditaja khas oleh ZACK SHISHA CIRCLE


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails