1. Movie: AVATAR
Filem yang ditulis dan diarahkan oleh James Cameron, dan dibintangi oleh Sam Worthington, Zoe Saldana, Stephen Lang, Michelle Rodriguez, Joel David Moore, Giovanni Ribisi dan Sigourney Weaver. Walaupun ditayangkan pada tahun 2009, filem yang mengambil tempat pada tahun 2154 menjadi filem pertama yang mencecah kutipan rasmi melebihi $ 2 bilion menjelang tahun 2010. Kos secara rasmi dianggarkan sebanyak $ 237 juta.
2. Pendedahan Wikileaks


Wikileaks adalah organisasi bukan keuntungan antarabangsa yang menerbitkan info media peribadi, rahsia, dan diklasifikasikan dari sumber berita tanpa nama dan pembocoran berita. Dilancarkan pada tahun 2006 dan dikendalikan oleh Sunshine Press serta memiliki database lebih dari 1,2 juta dokumen dalam satu tahun pelancarannya. Julian Assange, seorang aktivis Australia, secara umumnya digambarkan sebagai pengarah. Pada bulan April 2010, Wikileaks mendedahkan video dari insiden 2007 di mana orang awam Iraq dan wartawan dibunuh oleh pasukan AS (VIDEO: COLLATERAL MURDER). Pada bulan Julai 2010, Wikileaks mendedahkan "Afgan War Diary". Pada bulan Oktober 2010, kumpulan ini mendedahkan sebuah pakej daripada hampir 400,000 dokumen yang disebut "Iraq War Log".
3. Kes pembunuhan Sosilawati

Kes pembunuhan yang mengegarkan negara, melibatkan Sosilawati, 47; serta pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad. Sosilawati dan tiga individu itu yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos , dibunuh di Ladang Gadong, Banting sebelum dibakar dan abu mayat mereka dibuang ke dalam Sungai Panchau. Mereka dipercayai dibunuh kira-kira 10 malam, 30 Ogos. Kejadian terbongkar berikutan penahanan lapan suspek dua hari selepas menerima laporan isteri seorang ahli perniagaan warga India yang sebelum ini turut dilaporkan hilang selepas berurusan dengan peguam bergelar Datuk itu.
4. Gunung Merapi Meletus
Letusan Gunung Merapi yang membadai tengah Indonesia. Bermula pada akhir Oktober 2010 ketika Gunung Merapi di Jawa Tengah, Indonesia mulai aktif dan berterusan sehingga bulan November. Orang yang hidup dalam 20 km (12.5 batu) zon diperintahkan untuk mengosongkan kediaman. Sekitar 500 gempa gunung berapi telah dicatat di atas gunung selama 23-24 Oktober, dan hembusan debu ke udara sekitar 1 kilometer (3.300 kaki). Pada 3 Disember korban dicatatkan sebanyak 353.
5. Negara Palestin Pasti Wujud


Kegagalan rundingan damai antara Palestin dan Israel tajaan AS membuatkan pemimpin Hamas percaya kemenangan akan tercapai melalui pembentukan negara, bukan konfrontasi ketenteraan dengan Israel. Rakyat Palestin mempunyai masa panjang untuk berjuang menegakkan sebuah negara merdeka. Rundingan damai dengan Israel yang ditaja Amerika Syarikat hanya membuang masa. Argentina, Uruguay dan Brazil mengiktiraf sebuah negara Palestin yang merdeka, mendapatkan pujian dari pejabat Palestin tetapi teguran tajam dari Israel. "Kerajaan Argentina mengakui Palestin sebagai negara yang bebas dalam batas-batas yang ditetapkan pada tahun 1967," kata Menteri Luar Negeri Argentina.
6. Ben Williams oh Ben Williams
Ben Williams, berasal dari Australia yang telah mengubah suasana perlawanan yang amat tegang dalam perlawanan bolasepak Sukan Asia di antara Malaysia dan China yang berkesudahan tuan rumah China menang ke atas Malaysia dengan jaringan 3-0. Dalam perlawanan yang berlangsung, pemain Malaysia telah dilayangkan 3 kad merah dan 5 kad kuning oleh pengadil ini. Pengadilan dia memang berat sebelah. Yang menariknya, tiada satu pun pemain China yang dilayangkan kad.
6. Ben Williams oh Ben Williams
Ben Williams, berasal dari Australia yang telah mengubah suasana perlawanan yang amat tegang dalam perlawanan bolasepak Sukan Asia di antara Malaysia dan China yang berkesudahan tuan rumah China menang ke atas Malaysia dengan jaringan 3-0. Dalam perlawanan yang berlangsung, pemain Malaysia telah dilayangkan 3 kad merah dan 5 kad kuning oleh pengadil ini. Pengadilan dia memang berat sebelah. Yang menariknya, tiada satu pun pemain China yang dilayangkan kad.7. Semenanjung Korea Bergolak Lagi


Tentera-tentera Korea Utara melepaskan bedilan ke arah pulau-pulau dibawah jajahan takhluk tentera korea selatan menyebabkan dua orang terbunuh dan beberapa orang lagi cedera. Korea Selatan melakukan serangan balas dengan melepaskan 80 bedilan ke arah tentera Korea Utara dan keadaan ini menimbulkan ketegangan disemenanjung Korea sejak 1953. Dunia mula mengutuk Korea Utara di atas serangan yang dilakukan tanpa sebab yang menyebabkan hubungan antara dua negara bertambah runcing dan media melaporkan harga saham dipasaran dunia jatuh menjunam akibat ketakutan para pelabur tercetusnya perang nuklear antara Korea Utara dan Selatan.
8. Kemalangan Bas di Simpang Pulai


28 orang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai. bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia. Dikatakan sebagai “kemalangan bas paling ngeri di Malaysia”.
9. 2010 TIME's Person of the Year - Mark Zuckerberg
Mark Zuckerberg telah dinamakan oleh TIME sebagai 2010 TIME's Person of the Year kerana laman sosial ciptaan beliau iaitu FACEBOOK telah menghubungkan lebih daripada setengah bilion orang dan mewujudkan rangkaian hubungan sosial, mencipta sebuah sistem baru pertukaran maklumat, dan untuk mengubah cara kita menjalani hidup kita.10. Malaysia memenangi SUZUKI AFF CUP untuk kali pertama

Melayakkan diri ke perlawanan akhir buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun selepas menyingkirkan penyandang juara, Vietnam menerusi agregat 2-0 pada saingan separuh akhir. Perlawanan peringkat akhir diadakan secara timbal balik antara Malaysia dan Indonesia. Pada perlawanan akhir pertama, Malaysia memperlihatkan kehebatannya apabila menewaskan Indonesia 3 gol tanpa balas. Pada perlawanan akhir kedua di Indonesia, Malaysia ditewaskan oleh Indonesia 2 gol berbalas 1. Tetapi Malaysia dinobatkan sebagai juara untuk kali pertama selepas 14 tahun apabila menang secara agregat 4-2. Dengan ini, fenomena bola sepak kembali di cetuskan di Malaysia setelah hilang sengatnya pada awal tahun 1990an dan sekaligus berjaya membuka mata dunia.
0 comments:
Post a Comment